Ahad, 20 November 2016

Bagai tak percaya apabila pertama kali saya menelefon Nuskin bertanyakan tentang produk dan mesin aneh Galvanic spa.  Mahalnya! itulah ayat pertama yang keluar dari mulut saya.  Memang mahal puan, tetapi mesin ni sungguh berkesan. kata petugas yang menjawab panggilan telefon saya.



Hmm... berkesankah?  Saya bertanya ragu-ragu.  Selalunya mesin galvanic di spa atau salun rawatan kecantikan memang 'komplikated' sikit.  besar gedabak.  Rawatannya pula makan masa berjam-jam.  maklumlah nak bentuk wajah dan merawat kulit sambil menegangkan kulit wajah.

Berkesan... semua testimoni adalah sah dan benar-benar berlaku.  meskipun kecil, mesin ini bertindak secara efektif menjadikan kulit wajah puan berbeza sebelum dan selepas rawatan.  petugas Nuskin memberi jaminan.  Waw, kakchah dah teruja.

mesin ini kecil sahaja.  boleh muat dalam beg tangan.  

Kecil begitu?  guna kuasa bateri sahaja?  Saya Kakchah masih tidak mahu mempercayainya.
Puan, sekarang teknologi sudah hebat.  Telefon pun sudah semakin kecil.  Kamera, radio semuanya kecil tetapi kemampuan semakin hebat.  Mesin galvanic Nuskin juga begitu.  tindakannya hebat seperti telefon bimbit yang canggih dengan pelbagai aplikasi.  Petugas di Nuskin terus memberi penerangan.
Bagaimana gel rawatannya?  gel itu boleh dibeli di Nuskin.  harganya? huh, mahal! rungut saya. hahahahah. biasalah masa tu tak kenal lagi kemampuan mesin kecil kemetot tu.

gel yang berwarna putih itu bercas negatif.  ia bertindak menarik kekotoran yang terdapat di dalam kulit.  manakala yang berwarna biru  bercaj positif akan bertindak menarik kekotoran yang terdapat di permukaan kulit tadi keluar dari kulit.  gabungan kedua-dua gel ini menjadikan kulit cergas, segar sentiasa.

Ya, gel itu boleh dibeli dengan harga ahli sahaja.  Ya, mudah sahaja nak sertai keahliannya.  Anda boleh hubungi kakchah untuk maklumat mengenainya.

wajah selicin dan setegang ini memang perlukan rawatan yang berterusan.  dengan ageLoc galvanic spa,  impian  memiliki kulit cantik, boleh dicapai.  



Sekarang, kakchah sudahpun memiliki mesin ajaib ini.
Hasilnya, hebat menakjubkan!  Memang kulit wajah kakchah terasa berbeza walaupun kali pertama digunakan.  Struktur kulit lebih tahan lasak.  

Ada masa tu Kakchah sekeluarga pegi jalan-jalan makan angindi Pulau Langkawi.  Cuaca panas laut dan pantai memang menyengat.  ketika wajah suami dan anak-anak terbakar teruk dek mentari pulau lagenda ketika bercuti, kulit wajah Kakchah tidaklah begitu hangit berbanding mereka.  Sungguh, kakchah dapat rasakan kelainannya.  Berbeza halnya dengan kulit suami saya (yang sepatutnya lebih cerah daripada saya) yang mengalami terbakar terik mentari (sunburn).  Kulit wajah saya lebih tahan lasak.  mengapa?
Rupa-rupanya, gel-gel rawatan putih dan biru ini ada fungsinya.  yang putih itu memberikan kelembapan pada kulit.  Yang biru pula mencegah punca-punca penuaan.

Anda di luar sana nak merasai keberkesanan mesin dan rawatan Galvanicspa Nuskin,jom hubungi kakchah.

Hubungi KakChah 0126448260


Tiada ulasan:

Catat Ulasan